Wednesday 16 March 2011

Saidina Ali pakar matematik

Assalamualaikum!!!!!!pd sume pembaca......

semenjak beberape ari ni aq rase best plak bercerita ni....
ye la x tau nk tulis ape bace la blog org lain pastu tinggal salin je story tu hahahaha (budak malas jgn ikut) ok lah ape pun ari ni aq nk story lagi skali tapi cerita lain plak......
kali ni aq nk cerita...same cam tajuk kat atas aq nk cerita pasal sahabat nabi yg cukup terkenal....
mungkin ramai antara kita yg sangka saidina ali pandai ilmu agama je kan..kan2....ngaku jer ar..
sebenarnya aq pun same sbelum aq bace post ni kat ader ar satu blog ni....
nah...bace la beberapa kesah kat bawah ni yg membuktikan ape aq sebut ni....


Kisah Pertama

Pernah seorang Yahudi yang berniat ingin memalukan Saidina Ali di hadapan orang-orang Arab bertanya kepadanya satu soalan.

"Wahai Imam Ali, berikan aku satu nombor bulat yang apabila dibahagi dengan nombor 1 hingga 10, jawapannya akan tetap nombor bulat dan bukan nombor pecahan," tanya lelaki Yahudi itu.

Saidina Ali menjawab,"hitunglah bilangan hari dalam seminggu didarab dengan bilangan hari dalam setahun."

Yahudi itu pun mengira:

Kemudian, Yahudi itu menemukan hasilnya sebagai berikut:
- Jumlah Hari dalam 1 Tahun = 360 (kalender Arab)
- Jumlah Hari dalam 1 Minggu = 7
- hasil darab dua angka diatas = 360×7 = 2520

Sekarang buktinya …

2520 ÷ 1 = 2520
2520 ÷ 2 = 1260
2520 ÷ 3 = 840
2520 ÷ 4 = 630
2520 ÷ 5 = 504
2520 ÷ 6 = 420
2520 ÷ 7 = 360
2520 ÷ 8 = 315
2520 ÷ 9 = 280
2520 ÷ 10 = 252

Kisah Kedua

Dua pengembara sedang duduk bersama untuk menikmati hidangan roti. Pengembara pertama mempunyai 5 keping roti dan pengembara kedua mempunyai 3 keping roti.

Kemudian datang seorang pengembara lagi, lalu diajaklah pengembara itu untuk makan bersama. Maka seorang pengembara memotong setiap keping roti kepada 3 bahagian yang sama besar (8×3=24). Oleh itu, seorang pengembara dapat menjamah 8 potongan roti (24/3=8).


Selesai menikmati hidangan roti tadi, pengembara ketiga itu meninggalkan mereka dan memberikan 8 dirham.

Pengembara pertama ingin membahagikan 8 dirham itu. Memandangkan dia tadi berkongsi 5 keping roti, maka dia mengambil 5 dirham dan bakinya 3 dirham lagi diberikan kepada pengembara kedua yang berkongsi 3 keping roti.

Tetapi, pengembara kedua tidak berpuas hati. Baginya, sepatutnya 8 dirham itu dibahagi dua antara mereka. 4 dirham seorang. Lalu mereka pun bertengkar.

Akhirnya, masalah ini dibawa ke hadapan Saidina Ali. Saidina Ali menyuruh pengembara kedua menerima pembahagian yang dilakukan oleh pengembara pertama kerana sememangnya pengembara pertama lebih berhak mendapat lebih disebabkan dia berkongsi bilangan kepingan roti yang lebih. Namun pengembara kedua masih tidak mahu mengalah.

Maka setelah itu, Saidina Ali pun berkata,"sepatutnya anda hanya berhak mendapat satu dirham sahaja. 5 keping roti pengembara pertama dicampur 3 roti kamu menjadi 8. Kemudian anda potong setiap roti kepada 3 bahagian. Maka ada 24 keping roti (8×3). Jadi 3 roti anda bila dipotong tiga setiap satu menjadi 9 bahagian, dan anda telah makan 8 bahagian. Lebih satu bahagian sahaja yang anda kongsi dengan pengembara ketiga. Tetapi pengembara pertama, 5 rotinya dipotong tiga setiap satu menjadi 15 bahagian, dan dia telah makan 8 bahagian. Bakinya 7 bahagian lagi dikongsi dengan pengembara ketiga itu.

Jadi sepatutnya pengembara pertama harus mendapat 7 dirham dan anda hanya patut mendapat 1 dirham sahaja."

Kisah Ketiga

Sebelum meninggal seseorang telah membuat wasiat:


Saya ada 17 ekor unta. Jika saya meninggal dunia, bahagilah unta-unta itu antara 3 orang anak saya. Anak sulung saya, berilah dia 1/2 daripada bilangan unta saya. Anak kedua pula, beri dia 1/3 daripada bilangan unta saya. Anak ketiga saya, berilah dia 1/9 daripada bilangan unta saya.

Setelah beberapa ketika, si pembuat wasiat itu pun meninggal dan apabila anak-anaknya membaca wasiat yang ditinggalkan, mereka menjadi bingung. Macam mana nak bahagi 17 ekor unta tadi. Maka mereka pun berjumpa dengan Saidina Ali.

Saidina Ali setelah meneliti isi kandungan wasiat, berkata:

"Aku akan pinjamkan kamu seekor unta saya. Maka bilangan unta sekarang ada 18 ekor.
-Anak sulung dapat 1/2 daripada 18 ekor unta=9 ekor
-Anak kedua dapat 1/3 daripada 18 ekor unta=6 ekor
-Anak ketiga dapat 1/9 daripada 18 ekor unta=2 ekor (9+6+2=17)

Dan sekarang aku ambil balik unta aku."
 
Assalamualaikum!!!!!!!!!pd sume pembaca......
                                                                          diambil dan diubahsuai dari blog:
                                                                          http://arhamerican.blogspot.com

Kisah Debat si alim dengan si pemuda tentang Al Quran

Assalamualaikum!!!!!!!pd sume pembaca......

ari ni xlain x bukan agi saya nk story sikit ade ar satu kesah ni (saya baca dari blog lain sebenarnya....hehehe)
kesah ni boleh tahan ar bestnya...nk tau best x best kena ar baca kesah ni sampai habes.......
klau pemilik blog(yg saya cilok cerita die ni) "ter"baca saya minx maaf la bebanyak ye....hehehehe
dah2 xnak merepek bebanyak lagi....ok sume nikmatilah kesah ni dengan sepenuh feeling...
selamat membaca.......

Kesahnya mula camni:
"Betul ke dalam Al-Quran ade semua ilmu dalam dunia nih?" tanya seorang pemuda kepada seorang alim.

"Kenapa, tak percaya ke? Al-Quran mengandungi segala macam ilmu tidak kira ilmu ukhrawi dan duniawi," jawab si alim tadi.

"Saya tak percaya, kalau betul macam tu aku nak kau cari jawapan kepada soalan aku dalam Al-Quran. Berapa gramkah minyak kelapa yang boleh kita dapati daripada sebiji buah kelapa? Aku nak kau tunjukkan aku jawapannya dalam Al-Quran, surah apa dan ayat ke berapa."

"OK, senang je" jawab si alim itu dengan selambanye.

Pemuda tadi tak percaya dengan jawapan si alim tadi. "kalau macam tu tunjuk kat aku jawapannya." kata si pemuda tadi.

Jadi si alim tadi pun mengajak si pemuda tadi ke sebuah kilang proses minyak kelapa. Sampai di situ si alim berjumpa dengan salah seorang pekerja di situ dan tanya dia soalan yang diajukan oleh pemuda tadi kepadanya.

"Sebiji kelapa kita boleh dapat lebih kurang 500 gram minyak kelapa" jawab pekerja itu.

"Ha,tulah jawapannya" kata si alim kepada si pemuda tadi.

"Mana boleh, mana bukti surah dan ayatnya dalam Al-Quran?" pemuda tadi tak puas hati.

"Ada-ada. Surah An-Nahl, ayat 43 yang bermaksud:
...jika kamu tidak mengetahui maka tanyalah kepada yang lebih mengetahui. Ha, kan ada jawapannya!" jawab si alim tadi.
Si alim tadi menyambung lagi, "Al-Quran ni bukannya macam buku rujukan matematik, sains, bahasa, dan lain-lain tetapi Al-Quran merupakan sebuah buku yang mengandungi perkara-perkara yang menjadi asas kepada semua jenis ilmu di dunia ini.
Maka benarlah Al-Quran memang mengandungi semua jenis ilmu di dalamnya. Betulkah begitu wahai si pemuda?"

"Betul, betul, betul." jawab pemuda tadi.

 Assalamualaikum!!!!!!pd sume pembaca

                                                                                                    diambil dan diubahsuai dari:
                                                                                                    http://arhamerican.blogspot.com

Saturday 12 March 2011

story time!!!!!!

Assalamualaikum!!!!!pd sume pembace......

ari nie,saye x nk cerita psl ape tu konflik dunia yg berlaku pd ari ni tapi saye nk cerita psl ade ar kesah seorang ni pd zaman rasulullah dulu.....nk tau cerita die camne??sape die???kena ar dengar (baca) lu cerita nie....sblum tu pd sesape yg rasa cam pernah dengar cerita ni x plek ar sbb saye sendiri pun dpt cerita ni dari org lain...hehehe
ape pun nikmatilah kesah nie...klau boleh tu feel btul2 ar cerita nie....cerita baek ni....ok x nk merepek pepanjang agi baca ar sendiri...

ceritanyer bermula lebih kurang camni ar....ehem2...ade la alkisah seorang pemuda yg hidup dizaman rasulullah ni..die nie dulunya pencuri tapi tetiba dia dpt hidayah jadi dia nk bertaubat ar....pd suatu hari, dia duduk dlm satu majlis ilmu yg diadakan rasulullah bersama para sahabat lain....
punya la dengar punya dengar tetiba lak dia dengar yg rasulullah ade bersabda yg maksudnyer ade ar lbeh kurang camni....

"Barangsiapa meninggalkan sesuatu yang haram karena Allah, maka suatu ketika dia akan memperoleh yang Haram itu dalam keadaan halal".

dia x fhm ngan bende tu ....jadi lps majlis tu abes dia dengar plak apa yg para sahabat bincangkan pasal hadis tu....tapi sabb ye la ilmu para sahabat terlalu tinggi...dia pun rase tersisih lalu dia tinggalkan perbincangan tu......lagi pun time tu dia dh lapar ape agi dia pun kluar ar nk cari makan...
tengah die jln2 dlm malam yg gelap tu,tetiba plak die nampak ade satu rumah ni yg pintunya cam x tertutup rapat...dgn menggunakan deria mencurinya dia dpt nampak ar walaupun dlm gelap yg pintu tu x berkunci .......
terdetik dlm hati die nk mencuri tapi segera ditahannya tapi tetiba plak ade bisikan aneh yg kata dlm hati die camni "klau ko x mencuri mungkin akan ade pencuri lain yg blum tentu agi cam ko" lalu die pun nk gi bagitau la tuan rumah tu yg pintu rumahnya x berkunci....
elok2 time die nk ketuk pintu nk bagitau tu ade agi bisikan aneh dlm hatinya "hei, camne klau btul2 ade pencuri dlm tu klau ko bagi salam mesti ar die terkejut dan terus sembunyi.... baek ko masuk diam2 pastu tangkap die mase die tgh mencuri tu"  lps tu die pun masuk ar rumah tu diam2 rumah tu boleh tahan besar juga la...tetibe die terpandang ade satu meja ni penuh makanan....pergh!!! die yg tgh lpr tu pun rase nk gi curi ar makanan tu tapi die tersedar semula die xleh mencuri lagi... die pun teruskan cek ade pencuri x tapi akhirnya die x jumpa gak jadi dh sah lah yg mmg tuan rumah tu yg lupe nk kunci pintu... jadi skrang die cuma perlu tinggal bgitau je la tuan rumah tu yg die lupa nk kunci pintu.... tetiba die dgr plak org berdengkur halus dari satu ruang... tanpa die sedari yg die semakin mendekati tempat tidur tu...
tetiba plak kat situ die ternampak..... ya allah!!! ade seorang pompuan yg cukup cantik sdg tidur....lalu terlintas di hatinya hasrat kotor pd pompuan tu... begitu besar keinginannye tu sampai kluar dh peluh dingin dari badan die... tanpe die sedari... die dh duduk dh kt sebelah tempat tidur tu punyalah besarnya ujian sampai dia boleh dengar sendiri degupan jantungnya....tape segera die tersedar..Ya Allah!!!!!!aq  nk bertaubat bukan nk tambah dosa lagi... terus die pergi dari tempat tidur tu terus nk keluar rumah tu....bile sampai je die kat meja makan tu tetiba ade lagi bisikan tu "bagus pemuda yg baik...ringankan perasaan ko lps menahan nafsu mu"

Alhamdulillah!!! tetiba ade plak rase bangga dlm dirinya "jadi mmg sepatutnya ko mendapat hadiah sebagai balasannya..ambik la sikit makanan supaya x timbul perasaan ko nk mencuri lagi" terpikir pemuda tu patut ke die ambik tapi terus die sedar sbb nasihat tu lah die dh jadi tetamu x diundang dan hampir buat mende x elok...mesti ko ni setan!!!pikir pemuda tu... pemuda tu pun terus keluar dan ketuk pintu mcm yg die nk wat memula tu dan terus mengucap salam tapi tetiba plak suara dia jadi garau..
tanpa peduli tuan rumah tu dgr ke x die terus pergi ke masjid dgn perasaan lega sbb xde org nampak dia masuk dlm rumah tu......

sampai je di masjid, die nampak rasulullah sedang menunaikan solat, di satu ruang ade org bace quran dgn khusyuk sampai menangis2 dan ade juga para suffah sdg tidur di satu sudut... lalu dia pun duduk dkt dengan org yg baca quran tu... sambil die mengelamun,die terdengar ayat quran yg bermaksud lebih kurang camni:

Dan mereka semuanya (di padang Mahsyar) akan berkumpul menghadap ke hadirat Allah, lalu berkatalah orang-orang yang lemah kepada orang-orang yang sombong:"Sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindarkan dari pada kami azab Allah (walaupun) sedikit saja Mereka menjawab:"Seandainya Allah memberi petunuk kepada kami, niscaya kami dapat memberi petunjuk kepadam.Sama saja bagi kita apakah kita mengeluh ataukah bersabar.Sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri". (QS. 14:21)
Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan:"Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya.Sekali-kali tidak kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekedar) aku menyeru kamulalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri.Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat menolongku.Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu". Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih. (QS. 14:22)
 
Bergetarlah hatinya mendengar perkataan Allah yang di dengarnya, berkatalah ia "Engkau berbicara kepadakukah, ya Allah?" Serasa lapang hatinya, semakin asyik dia mendengarkan bacaan suci itu, maka lupalah ia akan laparnya, segar rasanya badannya....tengah asyik die dgr  tu tetiba bacaan tu terhenti digantikan plak dgn ucapan menjawab salam seorang tua dan seorang wanita yg masuk dlm masjid menuju ke rasulullah....dan tetiba pemuda tu rase x sedap hati....perempuan yg masuk tu....perempuan tu adalah perempuan yg dalam rumah tadi!!!!!! timbul rase gelisah dihatinya mungkin ke perempuan tadi pura2 tidur dan ternampak mukanya dan lelaki tua tu..mungkin ke die ternampak yg pemuda tu keluar dari rumah tu.....ahh......celaka celaka.

namun x mampu dia bergerak ataupun bersembunyi....die tengok org yg baca quran tadi tu pun dh tidur dan x berapa lama lps tu pun berdengkur....celaka!!!panik bukan main lagi pemuda tu....pemuda tu lagi la terperanjat bukan main apabila rasulullah memanggilnya: "Hai Fulan, ke marilah!"....dgn perasaan takut + gementar + ape2 lagilah dia berjalan perlahan ke tempat tu sambil cuba sembunyikan wajahnya....
dia dgr lagi perempuan tu masih bercakap dgn rasulullah
"...benar ya Rosulullah, saya sangat takut pada saat itu saya bermimpi rumah saya dimasuki orang yang hendak mencuri, dia mendekati saya dan hendak memperkosa saya, ketika saya hendak melawan ... ternyata itu hanya mimpi. Namun ketika saya melihat sekelilingnya ternyata pintu rumah saya terbuka sebagaimana mimpi saya dan ada suara menyeramkan yang membuat saya takut. Maka segera saya menuju rumah pakcik saya untuk meminta dicarikan suami buat saya, agar kejadian yang dimimpi saya tidak terjadi bila saya ada suami yang boleh melindungi. Sehingga beliau mengajak saya menemui engkau disini agar memilihkan calon suami untuk saya".
lalu rasulullah bertanya pada pemuda bekas pencuri tu yg lebih kurang maksudnya camni: "Hai Fulan,sebab tiada lelaki lain yang bangun kecuali engkau di saat ini,aku tawarkan padamu,mahukah kau menjadi suaminya?" terkejut betul dia dengar bende tu lalu terus je dia angguk....
dan esoknya lps solat subuh rasulullah pun umumkan hal ni dan meminta para sahabat kumpulkan dana untuk pernikahan dan mas kahwin pemuda tu.....lps pemuda tu kawin, barulah dia faham hadis rasullah yg tadi tu:
"Barangsiapa meninggalkan sesuatu yang haram kerana Allah, maka suatu ketika dia akan memperoleh yang Haram itu dalam keadaan halal".
 
sekarang, dia dpt memakan makanan tadi yg dulunya haram dan dia juga dapat menikmati perempuan itu sebagai isterinya..............
rasulullah x pernah menipu..hadisnya (yg sohih la) sentiasa betul..x percaya lagi??lantak korang la....
ape pun semoga korang faham dan hayati cerita ni sebetulnya semoga ape yg saya sampaikan ni cerita betul lah bukan cerita rekaan saye sendiri pun x berapa pasti sbb cerita ni saya dapat dari org lain...ape pun semoga kita semua dijauhkan dari cerita yg x btul la oke semua

Assalamualaikum!!!pd sume pembaca..................
                                                                                                dipetik dan diubahsuai daripada:
                                                                                                http://www.dongengkakrico.com

Thursday 10 March 2011

Amerika x payah ar kacau!!!!sibuk je.....

Assalamualaikum!!!pd sume pembaca...

klau la sume pembace bace tajuk ape yg saye tu agk2nye la ape yg korg sume pikir.... xkesah ar yg penting ari ni saye nk tulis psl pemberontakan di libya...& semestinyer psl amerika laknat yg xabes2 nk tunjuk perangai buroknyer tu....

hari ni hari yg biasa...saya bangun pagi solat,mandi same cam biase smpai ar saye baca kt surat khabar yg katanya la..amerika & sekutunya yg kemungkinan adalah eropah ingin mengambil tindakan ketenteraan ats sikap presiden libya yg degil bebenoh nk letk jawatan...bace jer sume tu saye terus jer rase nk wat bantahan secara terbuka melalui blog ni ar (walaupon saye tau brape ramai sgt la yg akn bace blog saye yg agk hambar ni) terus saya ambik laptop & start tulis mende alah sume ni....
citer nyer camni ar bagi sape yg mungkin xtau agi ape yg saye merepek sume nie...
the story began like this....once upon a time...........

adelah hidup seorang presiden yg brname muammar gaddafi yg memerintah di libya...suatu hari yg malang buat muammar,rakyat tlh memberontak menuntut beliau letak jawatan hasil inspirasi dari kejayaan revolusi mesir & tunisia..muammar xleh terima sume tu dan semestinye die xnk letak jawatan lps tu bermulala perang antara tentera yg masih setia ngan muammar vs pemberontak(rakyat) + tentera yg berpaling tadah...
tu yg kita dgr citer psl bom sana bom sini kt libya tu...amerika laknat plak tengok ni sebagai pluang la untuk dia kawal libya same cam die buat kt iraq dulu...die pun katanya dh start dh gerakkan die punya kapal pejuang menuju ke libya...
ape pun yg brlaku marilah kite sume brdoa brsame2 agr saudara seislam kita disana selamat dunia akhirat...moga klau yg mati pun dikategorikan syahid oleh Allah dan dpt masuk syurga..amin!!!!!


Assalamualaikum!!!sume pembaca....

                                                                                                               artikel ini ditulis oleh: waklok                                                                                     

terbukti amerika x boleh dipercayai

Assalamualaikum!!!pd sume pembace...

hehehe....kite bertemu agi. kali ni saye xnk agi jdi trlalu skema jadi ade ar skit short form yg saye rase masih boleh dfhmi ramai org...
cam yg kita sume tau la kan hosni mubarak @ bks presiden mesir dh ltk jawatan kan.....dan skrg ni pihak tentera yg memerintah sementara tunggu pilihan raya....jadinya....


bukan tu yg saye nk citer sebenarnye.....yg saye nk citer sebenarnya tentang amerika laknat iaitu saye nk kate kt sini yg sepanjang pemberontakan tu kita boleh tengok betapa teruknya amerika sanggup mengenepikan hosni mubarak yg dh brtahun brkwn baik ngan amerika&israel tapi apa yg diorg buat waktu pemberontakan tu ialah diorang sokong rakyat yg memberontak.....
mmg la ape yg diorang buat tu btul bukan saye kate x btul tapi ape saye nak citer ialah perangai buruk amerika.....tengoklah sendiri amerika telah gunakan seorang presiden selama bertahun tahun lamenye untuk kepentingan mereka sendiri dan bila presiden tu hampir hilang kuasa, dia terus tinggalkan bahkan menentangnya lagi......
tapi hosni mubarak juga la yg salah...sape suroh die pergi kwn dgn amerika+israel yg dh terbukti teruk perangainya sejalk dulu lagi.........

disebabkan terbuktinya bukti yg kukuh lagi bersuluh ni,saya nasihatkan la kpd pemimpin yg pro-barat atau pro-amerika+israel supaya memutuskan terus persahabatan dgn mereka...kan lagi bagus klau merela sume ni berkawan dgn dgn org islam sendiri.....
perkara seperti ni mungkin berlaku lagi kepada pemimpin pro-barat yg lain x kira la dari asia tenggara ke,timur tengah ke,malah benua afrika pun same juga sebab mesir tu terletak kat afrika.......
apa pun pikir-pikir lah sendiri...apa yg saya mampu wat cumalah tulis je yg melaksanakannya anda sume para pembaca......mari kita sama2 ambik iktibar dari peristiwa ni......
semoga ia x berlaku di negara kita....saya berharap pada kerajaan yg dh tau dia bermasaalah tu pandai-pandai la undur diri sebelum berlaku pemberontakan  nanti susah pulak....
oke......akhir kata dari saya assalamualaikum!!!!




                                                                                                          ditulis khas oleh: waklok