Thursday 20 February 2014

Kenali nafsu,Kawal nafsu

Assalamualaikum...!!
para pembaca setiaku...

alhamdulillah...kita dipertemukan sekali lagi...ok kali ni kita nak citer pasal
...NAFSU...
ha....setiap manusia normal ade benda ni....
kompem...cuma xtau la nafsu yg mngajak ke arah kebaikan / kemungkaran
aik..?? nafsu bkn ajak ke kejahatan je ke...??
dia bkn member setan gitu...??
ha...ni nak kasi tau ni.....
tahap nafsu ada kesemuanya.....
ha..sbb tu lah para wali,ulama' dan sahabat sekalian rajin je bribadat...
sbb nafsu dia yg ajak ke kebaikan....
jom start countdown kita....
mula dgn nafsu tahap terendah...TERHINA
1.NAFSU AMARAH
yup..nafsu paling rendah skali tahapnya...orang yang mempunyai nafsu di tahap ni memang asyik nak buat dosa jer.....malah x rasa bersalah pastu boleh bangga lagi dgn dosa yang dilakukan....
nauzubillah...
Firman Allah di dalam surah Yusuf :53
Dan aku tidak membela diriku(dari kesalahan),kerana sesungguhnya nafsu itu suka menyuruh kepada yang buruk kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanku, sesungguhnya Tuhanku Pengampun dan Penyayang..

2.NAFSU LAWAMAH
ha...nafsu yg ni die 'up' sikit dri nafsu amarah tdi...sesiapa yg ada nafsu camni,dia dh ada la rasa berSALAH dan trkilan atas dosa2 yang dia buat...TAPI,ape pon,dia ni xttp lagi...kjap buat dosa pastu mnyesal...beza dgn nafsu amarah cuma dia ade rasa mnyesal...
firman ALLAH..di dalam surah Al-Qiamah :2
Dan aku bersumpah dengan nafsu yang mencela(nafsu lawwamah)

3.NAFSU MULHIMAH
next,org yg bernafsu thap ni,dia masih keberatan lagi nak buat kebajikan...namun,dlm keadaan bermujahadah,dia buat kebaikan sbb dia dh mula takut dgn kemurkaan ALLAH dan PEDIHnya AZAB API NERAKA .bila brhdpn dgn kemaksiatan,hatinya msih rindu akan maksiat, namun mampu lgi ditahan dgn tringt akan NIKMATnya SYURGA...dia mseh ada penyakit2 hati cam dengki,iri hati dll yg dia msih belum mmpu melawan,namun bila dh mampu melawan, dia akan ke tingkat nafsu yang seterusnya....

4.NAFSU MUTHMAINNAH
Ha...Orang yang berada dalam tingkatan ini sudah dijamin masuk surga. Sesuai dengan yang terkandung dalam surat Al-Fajr ayat 27-30 : “Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai, maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam Syurga-Ku”.

Orang yang berada dalam tingkatan ini senantiasa dijauhkan dari rasa cemas dan gelisah atas segala ketetapan Allah SWT dan selalu merasa sejuk hatinya, tenteram jiwanya,jika dia bisa melakukan suatu amal kebajikan. Hatinya senantiasa rindu pada Allah SWT.

5.NAFSU RADHIAH/RODHIAH
tingkat yang seterusnya, org yang mempunyai nafsu ini sudah dapat mendiamkan syaitan dalam dirinya...dia juga sering menganggap yang sunat itu satu kewajipan,manakala yg makruh itu haram....orang ni dah xkesah lagi dengan perkara2 duniawi ni....sbb hati diorg hanya pd Allah dan redha atas sgala ketentuannya...

6.NAFSU MARDHIYAH
nafsu yang ni tahapnya lebih tinggi lagi dri nafsu radhiah...orang yang mempunyai nafsu ni bukan saja mencintai ALLAH,tapi ALLAH juga turut mencintainya....ya ALLAH...seronoknya...dia buat ALLAH mencintainya dengan buat perkara yang disunatkan dan xbuat langsung dosa walau sekecil jarum di lautan....
firman ALLAH..
“Senantiasa hambaku mendekatkan diri kepadaku dengan mengerjakan ibadah-ibadah sunnah sehingga Aku cinta padanya. Maka apabila Aku telkah mencintainya, jadilah Aku pendengarannya yang dengannya ia mendengar, penglihatannya yang dengannya ia melihat, perkataannya yang dengannya ia berkata, jadilah Aku tangannya yang dengannya ia berbuat, jadilah Aku kakinya yang dengannya ia melangkah, dan akalnya yang dengannya ia berpikir”

7.NAFSU KAMALIYAH/KAMILAH
ni pula nafsu tahap para nabi dan rasul...manusia yang suci dan sempurna...xbanyak yang boleh diterangkan lagi...cuma cukuplah tahu yang ni nafsu di peringkat tertinggi sekali...

Alhamdulillah...selesai sudah perbincangan ilmiah kita...
cukuplah kita tahu yang untuk meningkat dari satu tingkat nafsu ke tingkat yang seterusnya,memerlukan masa yang bertahun2 kerana ALLAH nak tengok usaha kita...sampai ALLAH yakin dengan usaha kita yang berterusan, oleh itu,marilah kita bersama2 berlumba2 meningkatkan nafsu kita masing2 ke tingkat yang lebih tinggi....insya'allah....semoga kita mampu mencapai tingkat nafsu yang tertinggi yg mampu dicapai sblm kita menghadap YANG ESA.....

Tuesday 18 February 2014

3 tahap keimanan(kepercayaan)

Assalamualikum...!!
ok pd pembaca setiaku,

alhamdulillah...akhirnya setelah lama bermalas2-an,
rasa cam rajin je nak tulis balik....

macam yang dijanjikan,kali ni topik kita pasal
IMAN
OK....topik ni sbnrnyer paling asas bagi umat islam....
 "bende basic kot"
"ni pon nak citer gak ke...??"
"aduh....gi balik sekolah balik la..."

xde...benda yg org anggap remeh ni la punca UTAMA masalah umat islam sekarang...
ok...xde nk salahkn sesape..
kita tengok diri sndiri la...
bile azan berkumandang,
apa kita buat...??
terus bersiap nak pergi masjid / bentang sejadah sbb solat kt umah je...ke..

"lek lu...awal lagi kot..."

ha....ok,xnak sembang panjang lagi, so, to the topic...
hari ni saya nak citer pasal 3 tahap keimanan....
tapi minx maaflah awal2 sbb 'ter'lupa apa istilahnyer..
cuma teringat peneranganyer je...
tapi xper la....
so,thp yang pertama....
IMAN MELALUI PENGETAHUAN
ha...iman/kepercayaan ni kita dapat bila seseorang bagitau kita / kita terbaca apa2 ....
contoh: kawan kita bagitau yang belakang rumah dia ada pantai...
ha....jadi ditahap ni kita hanya percaya melalui apa yang dia bagitau je la...
klau dia tipu ntah la...
tahap yang kedua
IMAN MELALUI PENGLIHATAN
ok...tahap kedua,kawan kita bawa pulak kita pergi belakang rumah dia....
jadi,kita pun bertambah percaya lah kan ada laut betul belakang rumah dia...
tapi, ni belum sampai tahap yang ketiga,dimana kepercayaan yang xboleh disangkal lagi...
tahap yang ketiga
KEPERCAYAAN MELALUI RASA
Ha.....xcukup dengan tengok..kita test plak berenang....
ye la...mne tau hologram je sume tu....dah berenang,dah rasa air...
kita pun dah betul2 yakin dan beriman bahawa betul2 ade laut kat belakang umah dia....

so, kesimpulannya,apa pointnyer saya sembang segala benda ni...??
apa kaitan antara belakang umah member ngn penyelesaian masalah umat islam kini..??
nak kata,kita dapat islam ni betul2 melalui hanya tahap keimanan yang pertama,
iaitu kita hanya diberitahu,xnampak pon....
nikmatnyer syurga,azabnyer neraka.......
kita xnampak semua tu,kita xpernah rasa semua tu....
kita cuma BAKAL rasa je semua tu...
jadi,tahap keimanan yang pertama ni mmg rapuh...
mmg mudah goyah jika tidak sentiasa diawasi,dididik...
oleh itu,selalu-selalulah pergi mne2 kuliah agama....
supaya hati ini sntiasa di'refresh' keimanannyer....

p/s: sbb tu la kita sering disuruh agar saling mengingatkan...amar makruf nahi munkar...
       sunnah trbesar nabi kan dakwah.. :)

Wednesday 18 December 2013

#tazkirahringkas : akhir zaman

Assalamualaikum...!!!

ok...dah lama x pos baru....maaf...
sebenarnya banyak kali nak pos tapi asyik terhenti di tengah jalan..haha
apa2 pun...ok kali ni nak viter pasal...

PETANDA AKHIR ZAMAN

Ok...benda ni dh bnyak kali rasanya kita dengar dan kita baca...
kenapa..??? tentulah sebab SEKARANGLAH AKHIR ZAMAN !!!
pelbagai tanda telah kita diberi petunjuk....
ok..dan yang ni salah satu yang saya dapat dari kawan saya..

22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah

sumber:blog myibrah
credit to : Rozidah sumardi...

ok...rasa mungkin ramai kot yang dah baca...persoalannya tau x kenapa masih ramai lagi
yang rileks je melakukan benda2 yang di atas ni....
kerana dalam hati kita masih kurang iman....
insya'allah dalam pos seterusnya saya akan kupas pula la mengenai iman dan dakwah...
itu sajalh setakat ni....

*daripada x mampu nak buat apa2...bawah tu ada butang share...rajin2kan lah diri yetolong sampaikan pada yang lain....
*blog ni xde copyright pun.....malah kami berterima kasih buat siapa2 yang sudi share...

sekian...terima kasih wassalam....

Wednesday 7 August 2013

mengenal erti syukur... syawal di Mesir/Malaysia

Assalamualaikum....

tetiba rasa bersalah pula sebab pos pasal tamatnya Ramadhan ....
tapi x pos pasal mula2 ramadhan dulu...
takpe la....
tapi kali ni nak citer......
kita sepatutnya rasa sedih dengan pemergian Ramadhan ni....
kerana di bulan ini lah Allah dah bukak seluasnya dah pintu pahala,
rahmat bagai....

bukan itu pun main pointnyer...tapi sebenarnya nak citer pasal sambutan raya umat islam seluruh dunia...
kita umat islam di Malaysia cukup beruntung sebenarnya....
kerana jika dibanding dengan negara2 islam yang lain....
bayangkan.....syawal di...
SYRIA

MESIR

dan banyak lagilah umat islam di negara lain yang tidak boleh menyambut aidil fitri seperti mana yang kita sambut......tapi sambut je lah...hari kemenangan kita....cuma,
jangan sampai terlalu asyik hingga lupa doakan saudara kita yang kesusahan di tempat lain...
insya allah....Allah bersama kita semua....







Friday 26 July 2013

malaysia dan TTPA

Assalamualaikum....!!!

ok.....kali ni nak cakap pasal TPPA pulak....
mungkin ramai yang tak tau atau tahu sikit je pasal TPPA
he....so,kali ni mai kita sama2 membincangkn isu yang agak hangat ni....

ok...buat anda yang tak tahu...
TPPA bermaksud Trans-Pacific Partnership Program.
ni merupakan satu perjanjian la kira yang dibuat antara negara-negara ahli
supaya diadakan pasaran bebas di negara yang menandatanganinya.
antara negara yang berkaitan dengan TPPA ni termasuklah....
Jepun,Brunei,Indonesia,Malaysia,Singapura dll....
namun.....perjanjian ni banyak merugikan kita sebenarnya....

antaranya ialah....:

  1. Syarikat-syarikat GLC hendaklah beroperasi diatas pertimbangan komersial sama macam syarikat swasta,selain itu,negara tuan rumah (kita lah) tak boleh memberi layanan istimewa pada syarikat2 GLC ni....mcm cukai yang rendah dll....ni sbb bagi diorg susah la syarikat swasta ni nak bersaing dengan GLC ni sbb diorang dapat support dari kerajaan....tapi apa yang kita kena highlight kat sini.... syarikat swasta yang dia maksudkan tu lebih merujuk pada syarikat2 besar milik US & yahudi yang sememangnya dah kuat2 dan power2.....cuba bayang macam mana syarikat2 tempatan nak berjaya kalau terpaksa bersaing dengan syarikat2 besar tanpa dapat support dari kerajaan.
  2. Syarikat2 serta pelabur asing ni juga boleh menyaman kerajaan jika ada mana2 dasar/polisi kerajaan yang digubal yang dirasakan merugikan dia....setiap tender kerajaan juga perlu turut dibuka untuk diorang.......cuba byg klau kita terpaksa tolak tender dari syarikat dia,mungkin untuk kepentingan negara / bumiputera ,mereka boleh dakwa kerajaan kita kat mahkamah tribunal antarabangsa pastu kita terpaksa bayar ganti rugi yang mencecah berbillion ringgit ......ini termasuk jugalah tindakan kerajaan seperti melindungi kesihatan pengguna/tindakan meningkat kesedaran rakyat tentang apa jua seperti menjaga alam sekitar pun boleh disaman........apa yang perlu kita tahu,kebanyakan panel hakim dan petugas kat mahkamah tribunal antarabangsa tu adalah perogatif pilihan pelabur asing dari kalangan peguam SEKTOR SWASTA yang pro-pelabur TPPA 
  3. TPPA bakal meningkatkan kos perubatan kerana mengandungi peruntukan undang-undang yang ketat membabitkan hak harta intelek yang akan menghadkan akses kepada ubat-ubatan generik.Perkara ini, katanya, bakal memaksa rakyat Malaysia menggunakan ubat-ubatan yang lebih mahal.Dalam satu kenyataannya tahun lalu, Santiago berkata, persetujuan kepada perjanjian TPPA ini akan menyebabkan pencipta ubat dari Amerika Syarikat memonopoli dan mengaut keuntungan besar kerana ia membabitkan perlindungan paten atau hakcipta yang menyeluruh dan tempoh paten yang dipanjangkan sehingga 20 tahun.Menurutnya, kenaikan harga ubat akan menyebabkan ramai terutamanya di kalangan masyarakat berpendapatan rendah serta kumpulan terpinggir akan lebih menderita.“Ia juga akan mengakibatkan peningkatan kadar beban penyakit, morbiditi dan meningkatkan kadar pelancongan kesihatan ke negara yang mempunyai akses ubat-ubatan dan perubatan yang lebih murah.” ujar beliau.
dah cukuplah tu...untuk maklumat lanjut,layarilah sendiri internet.....
Tun Dr Seri Mahathir pernah berkata:
     "segala yang datang dari Amerika hanya menguntungkan mereka dan merugikan kita"

-mcm tu lah kot ayat dia...
Assalamualaikum....

Monday 27 May 2013

Don't let them walk alone... (syria story)

Assalamualaikum..!!!

ok...kali ni agak syahdu sikit....
pos kali ni berkisarkan pasal
SYRIA
ok..rasanya semua MUSLIM dah tau pasal hal SYRIA ni....
isu ni dah lama...dah berapa tahun dah....tapi ramai lagi umat islam tak sedar dan tak ambil kisah...
satu perkara yang memalukan kerana benda ni adalah pertelagahan antara umat islam sendiri...
atau lebih tepat lagi..antara ahli sunnah dan syiah...

Bermula zaman ayahnya,- Hafez Al-Assad-
konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari 
mengorbankan hampir 46,000 penduduk Hama. 
Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik hingga kini. 
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu. 
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN KALI INI
Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Slogan ini telah dilaungkan di negara-negara yang berlaku kebangkitan rakyat di Timur Tengah. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak-kanak itu serta kanak-kanak lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat di mana bila mahu lepaskan kanak-kanak itu, mereka perlu memberi wanita-wanita di kalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan Syria ini (satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

tahukah kita penyeksaan apa yang diorang dah buat....
bukan yang biasa-biasa...
harap video ini boleh bantu kita semua sedar untuk turut bangkit membantu saudara kita
yang ditindas di SYRIA.....Insya'Allah...


saya tau...mmg kita tak mampu nak angkat senjata melawan tentera basyar,
Namun,kita mampu untuk bangkitkan islam di negara kita sendiri...
kita mampu untuk berDOA untuk kejayaan mereka di sana...
kita juga mampu untuk sedarkan orang lain untuk turut serta dalam perjuangan kita ni....
Biarlah kita tak mampu nak berjuang berdepan terus dengan tentera rejim BASYAR...
namun,sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk menolong saudara kita di sana...
Insya'Allah,dengan bantuan secara tak langsung kita ini diterima Allah...

cuba bayangkan kalau sebenarnya ini adalah ujian Allah untuk lihat keimanan kita kepadanya...
adakah kita telah LULUS atau GAGAL....???


Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan kami”




Saturday 23 March 2013

Lahad datu - Tindakan x berasas

Assalamualaikum...!!!

ok....kali ni cerita pasal lahad datu...
tau...blog ni AGAK lambat....er...SANGAT lambat sebenarnya..
tapi takpe la....penulisnya pun baru seorang amatur lagi...

ok...berbincang mengenai LAHAD DATU...
hrm...sape tak kenal lagi lahad datu sejak peristiwa pencerobohan baru-baru ni....
er...kalau search kat google mmg TERLALU banyak cerita la korang boleh dapat..
banyak gila jenis cerita,pelbagai konspirasi dan sememangnya beberapa je yang betul...
lain-lain tu hanyalah sembang mambang je....er senang kata andaian sendiri la...
k...
orang Sulu ni datang katanya untuk menuntut wilayahnya kerana suatu ketika dulu
Sabah pernah di bawak kekuasaannya...
tolong la...orang sekarang gelak la kalau cerita tuntut wilayah kerana sejarah...
kalau macam tu camne nak kata dengan....

  • Waris Raja rom boleh je tuntut hampir keseluruhan eropah kerana seluruh kawasan tu pernah jadi kawasan kekuasaannya...
  • Waris / Pemerintah turki sekarang boleh je tuntut balik seluruh wilayah zaman khalifah uthmaniyah dulu....
kes ni sama la dengan Saddam Hussien dulu nak tawan Kuwait sebab katanya Kuwait pernah di
bawah kekuasaan Iraq....
dulu, sultan sulu ada perjanjian...untuk kajian sendiri...search PAJAKAN 1878 kat GOOGLE
dalam pajakan tu tak silap dia ada kata perjanjian sultan sulu dengan
syarikat Alfred Dent (rujuk buku sejarah)...
yang katanya kena bayar "sewaan" dalam nilai sekarang RM 5000 setahun...
ok...tak tahu apa masalahnya... ada kata Sultan Sulu tu nak naikkan sewaan la...
pastu ada pulak kata Malaysia yang tak bayar...hrm...dah kata...banyak dakwaan
jadi..penulis sarankan buatlah kajian sendiri kat internet...
penulis pun tak berapa nak pandai...haha....
pos ni hanya untuk dijadikan kira permulaan kajian la...
ok....tapi ada pulak yang kata sebenarnya ada penceroboh tu dah ada IC....
er...rakyat malaysia...
pastu dah masuk kes pengedaran ic bagi pendatang asing pulak...
sejak zaman Mahathir pulak....hrm...

er....jadi untuk sumber yang lebih sahih dan memuaskan hati, search sendiri la
kat GOOGLE.....
apa pun...doakanlah keselamatan dan kebaikan buat wira-wira kita yang sedang
bejuang sama ada yang masih hidup atau yang telah syahid....AMIN....