Wednesday 18 December 2013

#tazkirahringkas : akhir zaman

Assalamualaikum...!!!

ok...dah lama x pos baru....maaf...
sebenarnya banyak kali nak pos tapi asyik terhenti di tengah jalan..haha
apa2 pun...ok kali ni nak viter pasal...

PETANDA AKHIR ZAMAN

Ok...benda ni dh bnyak kali rasanya kita dengar dan kita baca...
kenapa..??? tentulah sebab SEKARANGLAH AKHIR ZAMAN !!!
pelbagai tanda telah kita diberi petunjuk....
ok..dan yang ni salah satu yang saya dapat dari kawan saya..

22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah

sumber:blog myibrah
credit to : Rozidah sumardi...

ok...rasa mungkin ramai kot yang dah baca...persoalannya tau x kenapa masih ramai lagi
yang rileks je melakukan benda2 yang di atas ni....
kerana dalam hati kita masih kurang iman....
insya'allah dalam pos seterusnya saya akan kupas pula la mengenai iman dan dakwah...
itu sajalh setakat ni....

*daripada x mampu nak buat apa2...bawah tu ada butang share...rajin2kan lah diri yetolong sampaikan pada yang lain....
*blog ni xde copyright pun.....malah kami berterima kasih buat siapa2 yang sudi share...

sekian...terima kasih wassalam....

Wednesday 7 August 2013

mengenal erti syukur... syawal di Mesir/Malaysia

Assalamualaikum....

tetiba rasa bersalah pula sebab pos pasal tamatnya Ramadhan ....
tapi x pos pasal mula2 ramadhan dulu...
takpe la....
tapi kali ni nak citer......
kita sepatutnya rasa sedih dengan pemergian Ramadhan ni....
kerana di bulan ini lah Allah dah bukak seluasnya dah pintu pahala,
rahmat bagai....

bukan itu pun main pointnyer...tapi sebenarnya nak citer pasal sambutan raya umat islam seluruh dunia...
kita umat islam di Malaysia cukup beruntung sebenarnya....
kerana jika dibanding dengan negara2 islam yang lain....
bayangkan.....syawal di...
SYRIA

MESIR

dan banyak lagilah umat islam di negara lain yang tidak boleh menyambut aidil fitri seperti mana yang kita sambut......tapi sambut je lah...hari kemenangan kita....cuma,
jangan sampai terlalu asyik hingga lupa doakan saudara kita yang kesusahan di tempat lain...
insya allah....Allah bersama kita semua....







Friday 26 July 2013

malaysia dan TTPA

Assalamualaikum....!!!

ok.....kali ni nak cakap pasal TPPA pulak....
mungkin ramai yang tak tau atau tahu sikit je pasal TPPA
he....so,kali ni mai kita sama2 membincangkn isu yang agak hangat ni....

ok...buat anda yang tak tahu...
TPPA bermaksud Trans-Pacific Partnership Program.
ni merupakan satu perjanjian la kira yang dibuat antara negara-negara ahli
supaya diadakan pasaran bebas di negara yang menandatanganinya.
antara negara yang berkaitan dengan TPPA ni termasuklah....
Jepun,Brunei,Indonesia,Malaysia,Singapura dll....
namun.....perjanjian ni banyak merugikan kita sebenarnya....

antaranya ialah....:

  1. Syarikat-syarikat GLC hendaklah beroperasi diatas pertimbangan komersial sama macam syarikat swasta,selain itu,negara tuan rumah (kita lah) tak boleh memberi layanan istimewa pada syarikat2 GLC ni....mcm cukai yang rendah dll....ni sbb bagi diorg susah la syarikat swasta ni nak bersaing dengan GLC ni sbb diorang dapat support dari kerajaan....tapi apa yang kita kena highlight kat sini.... syarikat swasta yang dia maksudkan tu lebih merujuk pada syarikat2 besar milik US & yahudi yang sememangnya dah kuat2 dan power2.....cuba bayang macam mana syarikat2 tempatan nak berjaya kalau terpaksa bersaing dengan syarikat2 besar tanpa dapat support dari kerajaan.
  2. Syarikat2 serta pelabur asing ni juga boleh menyaman kerajaan jika ada mana2 dasar/polisi kerajaan yang digubal yang dirasakan merugikan dia....setiap tender kerajaan juga perlu turut dibuka untuk diorang.......cuba byg klau kita terpaksa tolak tender dari syarikat dia,mungkin untuk kepentingan negara / bumiputera ,mereka boleh dakwa kerajaan kita kat mahkamah tribunal antarabangsa pastu kita terpaksa bayar ganti rugi yang mencecah berbillion ringgit ......ini termasuk jugalah tindakan kerajaan seperti melindungi kesihatan pengguna/tindakan meningkat kesedaran rakyat tentang apa jua seperti menjaga alam sekitar pun boleh disaman........apa yang perlu kita tahu,kebanyakan panel hakim dan petugas kat mahkamah tribunal antarabangsa tu adalah perogatif pilihan pelabur asing dari kalangan peguam SEKTOR SWASTA yang pro-pelabur TPPA 
  3. TPPA bakal meningkatkan kos perubatan kerana mengandungi peruntukan undang-undang yang ketat membabitkan hak harta intelek yang akan menghadkan akses kepada ubat-ubatan generik.Perkara ini, katanya, bakal memaksa rakyat Malaysia menggunakan ubat-ubatan yang lebih mahal.Dalam satu kenyataannya tahun lalu, Santiago berkata, persetujuan kepada perjanjian TPPA ini akan menyebabkan pencipta ubat dari Amerika Syarikat memonopoli dan mengaut keuntungan besar kerana ia membabitkan perlindungan paten atau hakcipta yang menyeluruh dan tempoh paten yang dipanjangkan sehingga 20 tahun.Menurutnya, kenaikan harga ubat akan menyebabkan ramai terutamanya di kalangan masyarakat berpendapatan rendah serta kumpulan terpinggir akan lebih menderita.“Ia juga akan mengakibatkan peningkatan kadar beban penyakit, morbiditi dan meningkatkan kadar pelancongan kesihatan ke negara yang mempunyai akses ubat-ubatan dan perubatan yang lebih murah.” ujar beliau.
dah cukuplah tu...untuk maklumat lanjut,layarilah sendiri internet.....
Tun Dr Seri Mahathir pernah berkata:
     "segala yang datang dari Amerika hanya menguntungkan mereka dan merugikan kita"

-mcm tu lah kot ayat dia...
Assalamualaikum....

Monday 27 May 2013

Don't let them walk alone... (syria story)

Assalamualaikum..!!!

ok...kali ni agak syahdu sikit....
pos kali ni berkisarkan pasal
SYRIA
ok..rasanya semua MUSLIM dah tau pasal hal SYRIA ni....
isu ni dah lama...dah berapa tahun dah....tapi ramai lagi umat islam tak sedar dan tak ambil kisah...
satu perkara yang memalukan kerana benda ni adalah pertelagahan antara umat islam sendiri...
atau lebih tepat lagi..antara ahli sunnah dan syiah...

Bermula zaman ayahnya,- Hafez Al-Assad-
konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari 
mengorbankan hampir 46,000 penduduk Hama. 
Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik hingga kini. 
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu. 
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN KALI INI
Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Slogan ini telah dilaungkan di negara-negara yang berlaku kebangkitan rakyat di Timur Tengah. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak-kanak itu serta kanak-kanak lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat di mana bila mahu lepaskan kanak-kanak itu, mereka perlu memberi wanita-wanita di kalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan Syria ini (satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

tahukah kita penyeksaan apa yang diorang dah buat....
bukan yang biasa-biasa...
harap video ini boleh bantu kita semua sedar untuk turut bangkit membantu saudara kita
yang ditindas di SYRIA.....Insya'Allah...


saya tau...mmg kita tak mampu nak angkat senjata melawan tentera basyar,
Namun,kita mampu untuk bangkitkan islam di negara kita sendiri...
kita mampu untuk berDOA untuk kejayaan mereka di sana...
kita juga mampu untuk sedarkan orang lain untuk turut serta dalam perjuangan kita ni....
Biarlah kita tak mampu nak berjuang berdepan terus dengan tentera rejim BASYAR...
namun,sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk menolong saudara kita di sana...
Insya'Allah,dengan bantuan secara tak langsung kita ini diterima Allah...

cuba bayangkan kalau sebenarnya ini adalah ujian Allah untuk lihat keimanan kita kepadanya...
adakah kita telah LULUS atau GAGAL....???


Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan kami”




Saturday 23 March 2013

Lahad datu - Tindakan x berasas

Assalamualaikum...!!!

ok....kali ni cerita pasal lahad datu...
tau...blog ni AGAK lambat....er...SANGAT lambat sebenarnya..
tapi takpe la....penulisnya pun baru seorang amatur lagi...

ok...berbincang mengenai LAHAD DATU...
hrm...sape tak kenal lagi lahad datu sejak peristiwa pencerobohan baru-baru ni....
er...kalau search kat google mmg TERLALU banyak cerita la korang boleh dapat..
banyak gila jenis cerita,pelbagai konspirasi dan sememangnya beberapa je yang betul...
lain-lain tu hanyalah sembang mambang je....er senang kata andaian sendiri la...
k...
orang Sulu ni datang katanya untuk menuntut wilayahnya kerana suatu ketika dulu
Sabah pernah di bawak kekuasaannya...
tolong la...orang sekarang gelak la kalau cerita tuntut wilayah kerana sejarah...
kalau macam tu camne nak kata dengan....

  • Waris Raja rom boleh je tuntut hampir keseluruhan eropah kerana seluruh kawasan tu pernah jadi kawasan kekuasaannya...
  • Waris / Pemerintah turki sekarang boleh je tuntut balik seluruh wilayah zaman khalifah uthmaniyah dulu....
kes ni sama la dengan Saddam Hussien dulu nak tawan Kuwait sebab katanya Kuwait pernah di
bawah kekuasaan Iraq....
dulu, sultan sulu ada perjanjian...untuk kajian sendiri...search PAJAKAN 1878 kat GOOGLE
dalam pajakan tu tak silap dia ada kata perjanjian sultan sulu dengan
syarikat Alfred Dent (rujuk buku sejarah)...
yang katanya kena bayar "sewaan" dalam nilai sekarang RM 5000 setahun...
ok...tak tahu apa masalahnya... ada kata Sultan Sulu tu nak naikkan sewaan la...
pastu ada pulak kata Malaysia yang tak bayar...hrm...dah kata...banyak dakwaan
jadi..penulis sarankan buatlah kajian sendiri kat internet...
penulis pun tak berapa nak pandai...haha....
pos ni hanya untuk dijadikan kira permulaan kajian la...
ok....tapi ada pulak yang kata sebenarnya ada penceroboh tu dah ada IC....
er...rakyat malaysia...
pastu dah masuk kes pengedaran ic bagi pendatang asing pulak...
sejak zaman Mahathir pulak....hrm...

er....jadi untuk sumber yang lebih sahih dan memuaskan hati, search sendiri la
kat GOOGLE.....
apa pun...doakanlah keselamatan dan kebaikan buat wira-wira kita yang sedang
bejuang sama ada yang masih hidup atau yang telah syahid....AMIN....


Sunday 27 January 2013

Fenomena listen!! listen!! listen!!!!

Assalamualaikum...!!!

ok la...kali ni...kita membincangkan pula berkenaan isu

LISTEN ! LISTEN ! LISTEN !!!

isu ni dah lama dah...
tapi macam biasa la saya lambat sikit la dapat berita....
kerana hidupku terperap....
buat sesiapa yang lebih kurang saya / yang mungkin tak tahu lagi....
boleh la layan dulu video ni....
ni video asal ni....

dah tengok...??
ok...nampak kan situasinyer..??
cerita berkenaan sorang pelajar "Miss Bawani" dan seorang...er...penceramah atau apa je la..
"Sharifah Zohra Jabeen" maaf kalau silap...

ok...mula-mula cik Bawani ni kata la pasal kes Bersih,Ambiga....
pastu dia cerita pula pasal yang nak pendidikan percuma....
punya la semangat dia cerita semua,buat anggaran perkiraan semua...
pastu tau apa dia cakap...??
LISTEN ! LISTEN ! LISTEN !!!
dah la ulang berapa banyak kali.....
pastu cakap LET ME SPEAK plak......
ouh..ok..asal dia bahagia....
pastu dia cakap pulak jangan samakan Malaysia dengan negara lain....
ouh...ok...tapi asal lepas tu dia bandingkan pulak manusia ngan haiwan....
lagi la .... TAKDE POINT.....

kesnya bukan pada soalan dan penyoal....
kes utamanya pada jawapan si penjawab...
kita tak berapa kisah kalau dia lepas cakap listenlisten...blablabla...
lepas tu dia jawab secara bijaksana dan masuk akal...
masalahnya kalau la tengok video ni...
nampak sangat dia tak reti nak jawab soalan tu...pastu alih topik pulak 
pasal adab hormati orang lebih tua la....
kalau tak reti tu cakap je tak tahu....
jangan la memalukan orang kat depan tu....

Malaysia buka mata anda....
ini ke cara yang sepatutnya melayan budak IPT....
ni bukan lagi budak2 yang hanya perlu dengar dan ikut....
tapi ni pasal orang dewasa yang perlunya diajar tentang kenapa itu tak boleh...
kalau betul kerjaan ada sebab tersendiri yang cukup rasional....
maka silakan....cerita....
ni merupakan satu tindakan membodohkan warganegara sendiri....
kita bukan lagi orang hanya ikut sahaja setiap arahan yang diberikan...
kita adalah dan perlu menjadi orang yang tahu kenapa perlunya sesetengah arah perlu dipatuhi....
ok...mungkin saya dah terlalu sangat...
jadi fikirknlah sendiri....
kalau saya salah jangan segan/malas komen...
komen je...insya allah saya akan baca dan terima kalau ia betul dan benar...

jadi bukalah mata pada isu sekeliling....
sebagai penutup bicara tengoklah video2 respon/parodi bagi video di atas....