Monday 27 May 2013

Don't let them walk alone... (syria story)

Assalamualaikum..!!!

ok...kali ni agak syahdu sikit....
pos kali ni berkisarkan pasal
SYRIA
ok..rasanya semua MUSLIM dah tau pasal hal SYRIA ni....
isu ni dah lama...dah berapa tahun dah....tapi ramai lagi umat islam tak sedar dan tak ambil kisah...
satu perkara yang memalukan kerana benda ni adalah pertelagahan antara umat islam sendiri...
atau lebih tepat lagi..antara ahli sunnah dan syiah...

Bermula zaman ayahnya,- Hafez Al-Assad-
konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari 
mengorbankan hampir 46,000 penduduk Hama. 
Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik hingga kini. 
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu. 
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN KALI INI
Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Slogan ini telah dilaungkan di negara-negara yang berlaku kebangkitan rakyat di Timur Tengah. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak-kanak itu serta kanak-kanak lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat di mana bila mahu lepaskan kanak-kanak itu, mereka perlu memberi wanita-wanita di kalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan Syria ini (satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

tahukah kita penyeksaan apa yang diorang dah buat....
bukan yang biasa-biasa...
harap video ini boleh bantu kita semua sedar untuk turut bangkit membantu saudara kita
yang ditindas di SYRIA.....Insya'Allah...


saya tau...mmg kita tak mampu nak angkat senjata melawan tentera basyar,
Namun,kita mampu untuk bangkitkan islam di negara kita sendiri...
kita mampu untuk berDOA untuk kejayaan mereka di sana...
kita juga mampu untuk sedarkan orang lain untuk turut serta dalam perjuangan kita ni....
Biarlah kita tak mampu nak berjuang berdepan terus dengan tentera rejim BASYAR...
namun,sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk menolong saudara kita di sana...
Insya'Allah,dengan bantuan secara tak langsung kita ini diterima Allah...

cuba bayangkan kalau sebenarnya ini adalah ujian Allah untuk lihat keimanan kita kepadanya...
adakah kita telah LULUS atau GAGAL....???


Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan kami”