Friday 26 July 2013

malaysia dan TTPA

Assalamualaikum....!!!

ok.....kali ni nak cakap pasal TPPA pulak....
mungkin ramai yang tak tau atau tahu sikit je pasal TPPA
he....so,kali ni mai kita sama2 membincangkn isu yang agak hangat ni....

ok...buat anda yang tak tahu...
TPPA bermaksud Trans-Pacific Partnership Program.
ni merupakan satu perjanjian la kira yang dibuat antara negara-negara ahli
supaya diadakan pasaran bebas di negara yang menandatanganinya.
antara negara yang berkaitan dengan TPPA ni termasuklah....
Jepun,Brunei,Indonesia,Malaysia,Singapura dll....
namun.....perjanjian ni banyak merugikan kita sebenarnya....

antaranya ialah....:

  1. Syarikat-syarikat GLC hendaklah beroperasi diatas pertimbangan komersial sama macam syarikat swasta,selain itu,negara tuan rumah (kita lah) tak boleh memberi layanan istimewa pada syarikat2 GLC ni....mcm cukai yang rendah dll....ni sbb bagi diorg susah la syarikat swasta ni nak bersaing dengan GLC ni sbb diorang dapat support dari kerajaan....tapi apa yang kita kena highlight kat sini.... syarikat swasta yang dia maksudkan tu lebih merujuk pada syarikat2 besar milik US & yahudi yang sememangnya dah kuat2 dan power2.....cuba bayang macam mana syarikat2 tempatan nak berjaya kalau terpaksa bersaing dengan syarikat2 besar tanpa dapat support dari kerajaan.
  2. Syarikat2 serta pelabur asing ni juga boleh menyaman kerajaan jika ada mana2 dasar/polisi kerajaan yang digubal yang dirasakan merugikan dia....setiap tender kerajaan juga perlu turut dibuka untuk diorang.......cuba byg klau kita terpaksa tolak tender dari syarikat dia,mungkin untuk kepentingan negara / bumiputera ,mereka boleh dakwa kerajaan kita kat mahkamah tribunal antarabangsa pastu kita terpaksa bayar ganti rugi yang mencecah berbillion ringgit ......ini termasuk jugalah tindakan kerajaan seperti melindungi kesihatan pengguna/tindakan meningkat kesedaran rakyat tentang apa jua seperti menjaga alam sekitar pun boleh disaman........apa yang perlu kita tahu,kebanyakan panel hakim dan petugas kat mahkamah tribunal antarabangsa tu adalah perogatif pilihan pelabur asing dari kalangan peguam SEKTOR SWASTA yang pro-pelabur TPPA 
  3. TPPA bakal meningkatkan kos perubatan kerana mengandungi peruntukan undang-undang yang ketat membabitkan hak harta intelek yang akan menghadkan akses kepada ubat-ubatan generik.Perkara ini, katanya, bakal memaksa rakyat Malaysia menggunakan ubat-ubatan yang lebih mahal.Dalam satu kenyataannya tahun lalu, Santiago berkata, persetujuan kepada perjanjian TPPA ini akan menyebabkan pencipta ubat dari Amerika Syarikat memonopoli dan mengaut keuntungan besar kerana ia membabitkan perlindungan paten atau hakcipta yang menyeluruh dan tempoh paten yang dipanjangkan sehingga 20 tahun.Menurutnya, kenaikan harga ubat akan menyebabkan ramai terutamanya di kalangan masyarakat berpendapatan rendah serta kumpulan terpinggir akan lebih menderita.“Ia juga akan mengakibatkan peningkatan kadar beban penyakit, morbiditi dan meningkatkan kadar pelancongan kesihatan ke negara yang mempunyai akses ubat-ubatan dan perubatan yang lebih murah.” ujar beliau.
dah cukuplah tu...untuk maklumat lanjut,layarilah sendiri internet.....
Tun Dr Seri Mahathir pernah berkata:
     "segala yang datang dari Amerika hanya menguntungkan mereka dan merugikan kita"

-mcm tu lah kot ayat dia...
Assalamualaikum....

No comments:

Post a Comment